RAMADAN INI JOM LIPAT GANDAKAN PAHALA ANDA
KEMPEN WAKAF TAHUNAN PASARAYA WAKAF UMMAH UNTUK TAHUN 2021. ISTIMEWA FRIDGE MAGNET EDISI TERHAD UNTUK PARA PEWAKAF
TAK RUGI PUN WAKAF BERKALI-KALI apetah lagi di bulan ramadan ini.
“Apa saja yang kalian nafkahkan/infakkan, berupa nafkah yang wajib ataupun mustahab/sunnah, untuk kerabat, tetangga, orang miskin, anak yatim, atau selainnya, Allah S.W.T akan menggantinya.
.
Kerana itu, janganlah kalian menyangka bahawa berinfak itu mengurangi rezeki.”
Assalammualaikum Para Pewakaf Budiman,
Jom akhiri tahun 2021 anda dengan berwakaf bagi Ibu Bapa Anda, Saudara atau kepada mereka yang telah tiada. Dengan Kempen Wakaf Tahunan Pasaraya Wakaf Ummah, Sijil Wakaf & Fridge Magnet Pasaraya Wakaf Ummah
Edisi Terhad
(size A5) akan diberikan kepada penyumbang yang budiman yang berwakaf sebanyak RM 360 sebagai tanda penghargaan kami kepada anda.
Adakah sampai pahala wakaf kepada orang yang telah meninggal dunia?
InsyaAllah sampai pahalanya dan diterima oleh Allah SWT. Ini kerana, amal soleh atau wakaf yang dilakukan oleh orang yang masih hidup boleh dihadiahkan pahalanya kepada orang yang sudah meninggal dunia. Terdapat beberapa hadis yang meriwayatkan hal tersebut, diantaranya adalah hadis di bawah ini:
أَنَّ رجلًا قال للنبيِّ صلى الله عليه وسلم
:
إِنَّ أمِّي افْتُلِتَتْ نفسُها ، وأظنُّها لو تكلمَتْ تَصدَّقَتْ ، فهل لها أجرٌ إِنْ تَصدَّقَتْ عنها ؟ قال : نعم
.
|
Diriwayatkan dari Saidatina Aishah r.a. menceritakan:
“Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.; ‘Sesungguhnya ibuku telah mati. Aku mendapatinya jika sekiranya ia berpeluang bercakap (ketika hamper matinya) nescaya ia akan bersedekah (yakni menyuruh agar dikeluarkan sedekah dari hartanya). Maka apakah baginya pahala jika aku bersedekah bagi pihaknya?’ Jawab baginda SAW: Ya” (Riwayat Bukhari)
Maka, hadis di atas menjadi dalil bahawa sedekah orang hidup memberi manfaat untuk orang yang telah meninggal dunia.
Justeru kami MERAYU SUMBANGAN dari anda para pewakaf yang budiman yang telah pun bersama kami semenjak dari awal bermulanya projek ini. Sijil & Fridge Magnet Edisi Terhadi ini akan diposkan kepada anda. Jika anda berwakaf untuk ibu bapa anda, jangan lupa untuk masukkan nama mereka di dalam ruang yang telah disediakan.
Pasaraya Wakaf Ummah adalah projek wakaf komersial yang diuruskan oleh Lajnah Ekonomi Hartanah dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat. Ianya merupakan sebuah projek pembinaan sebuah pasaraya setinggi 1 1/2 tingkat yang terletak di bandar Dungun, Terengganu.
Alamat Tapak Projek:
Lot 3425, Bukit Pa' Sabah/ Mukim Kuala Dungun/ Daerah Dungun, 23000, Terengganu, Malaysia
Projek pembinaan Pasaraya Wakaf Ummah ini sudah pun dimulakan pada awal tahun 2018 dan dijangka siap dibina pada September 2021.
Projek ini juga telah mendapat Kelulusan Kebenaran Merancang, Kelulusan Pelan Bangunan daripada Pihak Berkuasa Tempatan dan Kelulusan daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) untuk membuka sebuah pasaraya di premis tersebut.
Kelebihan Wakaf Komersial:
- Menjana pendapatan kepada pihak yang diwakafkan
- Membeli unit wakaf baru menggunakan pendapatan yang dihasilkan
- Dapat dimanfaatkan oleh ramai orang dan sentiasa berkembang
- Pahala yang berterusan kepada pewakaf
Tujuan pembinaan pasaraya ini adalah untuk menaiktaraf ekonomi umat Islam setempat. Pasaraya Wakaf Ummah bakal mendatangkan pendapatan bulanan melebihi RM60k.
Pendapatan bulanan ini akan menjana keuntungan yang seterusnya akan dikembangkan dengan menambah atau membina aset yang baru seperti membina kedai-kedai, markaz, hospital, klinik dan surau.
Dengan adanya kemudahan seperti ini, PAS pusat akan dapat meneruskan kerja-kerja Dakwah, Tarbiah, Politik dan Kebajikan.
Untuk pengetahuan pihak tuan-tuan dan puan-puan, pembinaan Pasaraya Wakaf Pas menelan belanja sebanyak RM12 juta. Sehingga kini, wang yang terkumpul masih belum mencukupi untuk meneruskan pembinaan bangunan pasaraya tersebut.
Kos pembinaan pasaraya = RM12, 000 000
Jumlah kutipan Sehingga Hari Ini = RM 2,197, 309.99
Sumbangan anda amat diperlukan untuk meneruskan projek pembinaan ini. Melalui bantuan anda, pembinaan kemudahan Pasaraya Wakaf Ummah akan dapat diteruskan dan disiapkan pada waktu yang telah dijadualkan. Sekaligus menyediakan pelbagai manfaat kepada umat Islam di sekitarnya.
Dengan Sokongan anda projek ini dapat direalisasikan.
Anda boleh membaca perkembangan projek wakaf pasaraya ni di laman web rasmi Lajnah Ekonomi Pas Pusat di alamat
atau di saluran telegram rasmi pasaraya wakaf ummah
Ayuh, sekali lagi, kami MERAYU untuk sumbangan wakaf anda demi untuk menjayakan hasrat kita menampilkan model ekonomi islam yg sempurna yg kita cita-citakan.
Ayuh, bersama menyumbang untuk Ekonomi Umat Islam. Satu lot Wakaf Tahunan Pasaraya Wakaf Ummah hanya RM360 (ibaratnya anda berwakaf sebanyak RM30 sebulan selama 12 bulan). Jom menyumbang dalam wakaf komersial ini "liridhalLah".
Bayangkan dengan nilai yang anda sumbangkan ini, Allah akan menggandakan sehingga 2100 ganjaran sebagaimana firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 261:
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”
Moga Allah memberikan ganjaran pahala yg berlipat kali ganda, memberikan keampunan dosa dan menunaikan segala hajat para pewakaf sekalian.
ADA PERTANYAAN SILA EMAILKAN KEPADA?
ekonomipaspusat@gmail.com
ATAU HUBUNGI/WHATSAPP WAKIL PASARAYA:
011-20507700 (Ustaz Amin)
SUK Lajnah Ekonomi Pas Pusat
011-1059 4813 (Hotline Pasaraya Wakaf Official)
BERWAKAFLAH SEKARANG!